Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Malam Anugerah Kurshiah 2015







Seperti biasa ETHICA, Persatuan Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya telah menaja meja untuk Majlis Malam Anugerah Kurshiah yang merupakan majlis makan malam tahunan untuk meraikan penghuni kolej. Walaupun dalam kepenatan kerana acara yang tidak putus putus sejak balik dari Chennai, saya gagahkan juga apabila hubby memberitahu yang beliau telah mengesahkan kehadiran saya ke majlis ini. Antara ahli ETHICA yang hadir adalah Dato Mohd Shafie Abdullah, Haji Kamaruddin, Dr Abdol Aziz, Encik Zulkifli dan Adibah, Encik Elias dan Linda Yasmin, Encik Azhar dan Dr Nor Salita serta Puan Yasmin Kamaruddin.






Majlis ini dihadiri oleh YBhg Tan Sri Arshad Ayub, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya. Pada malam ini juga buat pertama kalinya diperdengarkan lagu tema Kolej Ketiga yang telah diberi nafas baru. Di samping itu, diperkenalkan juga maskot baru Kolej Ketiga iaitu Si Kurshiah yang merupakan seekor burung Enggang. Makanan yang dihidangkan juga sangat sedap dan majlis ditambah seri dengan acara persembahan dari penghuni kolej serta penyanyi jemputan dari kumpulan I Am Neeta. Celoteh 3 orang pengacara majlis yang bersahaja juga membuatkan majlis menjadi sangat meriah dan tidak kering gusi dibuatnya. 





Selepas majlis, kami mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan sesama sendiri, termasuk bersama Pengetua Kolej Master Jamaludin dan isteri. Kalau tidak kerana majlis seperti ini, agak sukar untuk kami bersua muka. Hanya sekadar berhubung melalui group WhatsApp sahaja.






Akhir sekali tahniah kepada pihak penganjur Majlis Malam Anugerah Kurshiah atas pengelolaan majlis yang sangat lancar dan meriah.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Malam Anugerah Kurshiah 2015"

  1. Salam Kak Azie.

    Last night i saw u and your family having dinner. Cantik jer bertudung purple. :)

    BalasPadam