Iklan Nuffnang

Iklan

7 Apr 2013

Nasi Ayam Paling Sedap








Anak anak saya memang suka makan nasi ayam dan sepertinya mereka tidak pernah jemu jemu. Selang beberapa hari hubby akan singgah di Gulam Mee untuk membeli 4 atau 5 bungkus nasi ayam. Harganya bukan murah dan ayamnya memang ciput jer. Jadi saya meminta hubby membeli ayam untuk dimasak nasi ayam. Kali ini saya menggunakan resepi Nasi Ayam Nani Rostam yang dikatakan sangat sedap dan mendapat pujian sesiapa sahaja yang pernah merasainya. Jadi saya namakan resepi Nasi Ayam Paling Sedap. 





Oleh kerana anak anak sangat menggemari nasi ayam, jadi tidak hairanlah kalau saya mempunyai 8 koleksi resepi Nasi Ayam yang saya suka. Antaranya yang sangat sedap pada saya ialah Nasi Ayam Istimewa Yang Sangat Sedap di SINI, Nasi Ayam Hainan di SINI, Nasi Ayam Ipoh Yang Sedap di SINI dan Nasi Ayam Original di SINIYang lain lain pun sedap juga. 

Sejak dari semalam Aween meminta saya memasak nasi ayam tapi saya memujuk dengan memberi alasan nasi ayam elok dimasak waktu siang supaya boleh dimakan berulang ulang. Lagi pulak, saya memang betul betul tak boleh berdiri. Menggigil menggeletar seluruh badan, apalagi nak berdiri lama lama. Nasib baik lah dia faham. Jadi kerana janji mesti ditepati, terpaksalah hari ini saya mengotakannya. Memasak sambil duduk atas bangku tinggi.

Apa pendapat saya dan anak anak mengenai resepi ini? Huuuu memang sedap. Sedap giler kalau istilah budak budak sekarang. Nasinya sedap dan ayam juga sedap. Kalau nak tahu bagaimana sedapnya, kenalah cuba sendiri. Jangan lupa, lepas ini saya nak share pula resepi Nasi Ayam Kak Laily di Subang Jaya yang memang sedap dan menjadi kesukaan kami anak beranak. Kalau di bulan Ramadhan, memang orang akan beratur panjang untuk membeli nasi ayam Kak Laily yang sekarang telah meninggal dunia. Al fatihah untuk arwah Kak Laily. Saya sempat belajar resepinya dengan pembantu Kak Laily. Boleh klik di SINI.

Jom kita tengok resepi Nasi Ayam Nani Rostam yang telah saya olah mengikut cara yang lebih mudah, terutama untuk menyemak bahan bahan yang diperlukan.




Nasi Ayam Paling Sedap

Lauk Ayam:
1 ekor ayam
2 inci halia
4 ulas bawang putih
5-6 ulas bawang merah

Bahan perap:
1 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1-2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit. Ini cuma anggaran. Kalau belum cukup kerana saiz ayam besar, boleh tambah.

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.






Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.







Nota:
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja. 

Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.


Nasi Ayam:
2 sudu besar mentega - tak guna
Ketulan lemak ayam - panaskan dan ambil minyak ayam - saya tambah
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
1/4 cawan susu full cream
1/2 - 1 kiub serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
Secubit gula
Rempah penumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis

Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker. 

Di dalam kuali masukkan mentega (saya guna minyak ayam), tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam. 





Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk pati ayam dan secubit gula. 





Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa. Sukatan air ikut sukatan untuk jenis beras masing masing.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.




Sambal Cili
5 tangkai cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia - saya tambah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil garam atau secukup rasa 
1 sudu kecil gula atau secukup rasa
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah

Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  


Sambal Kicap
Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Sesuaikan rasa garam dan gula. Angkat.


Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk pati ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk pati ayam.

Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.






164 ulasan:

  1. lapar la pula...... nyummm nyummmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau lapar, jom minum petang pulak

      Padam
  2. sedapnyer kak...nasi ayam ni jugalah salah satu peberet suami fiza...=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi ayam ni evergreen. Smp bila bila pun tetap disukai. Anak kami seminggu beberapa kali makan nasi ayam.

      Padam
    2. Sedap betul nasi ayam ni....sooooo good

      Padam
  3. akak mmg pandai masak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa biasa saja. Nnt lain kali letak lah nama atau nama timangan ya. Tak best lah nak address Cik Anonymous, kan.

      Padam
  4. As salam azie..muga didlm lindungan Allah. Alhamdulilah su pun tumpang happy azie sudah semakin sehat, cepat2 sembuh k. Baru minggu lepas buat nasi ayam cuma bezanya sambal merah tu su tidak memasaknya cuma campurkan semua bahan diblend dgn air masak dan perahkan limau kasturi / nipis instead cuka. Terima kasih kongsi resepi.

    Salam Ukwah.
    suhaila

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, nasi Ayam Kak Laily yang I nak share nanti pun guna air limau kasturi. Nnt I akan buat resepi itu pulak. Memang tersohor sangat nasi ayam ni. Lebih lebih lagi, sambalnya. Sangat sedap

      Padam
  5. salam kak Azie boleh saya tahu tentang penggunaan minyak bijian dlm masakan .kalo tak nak bubuh ok ke dan dalam resepi ini susu full cream tu berapa sukatan nya. terima kasih

    Salina

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Lina,
      Saya perhatikan kebanyakan nasi ayam yang sedap menggunakan minyak bijan. Tidak mahal. Elok dimasukkan, terasa kelainannya. Susu tu saya tuang sesuka hati jer. Fungsinya untuk menambah lemak. Kalau tak ada boleh juga masukkan santan ke sedikit. Tak banyak, rasanya dalam setengah cawan sahaja.

      Padam
  6. Azie, I am bookmarking this recipe. The fried chicken looks very sedap. I love chicken rice a lot including Malay style chicken rice. Hope you are feeling better :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan. Sometime cooking nasi ayam can save time. No need to prepare other dishes. I can skip soup and sambal cili as my children do not really like them.

      Padam
  7. Azie, memang sedap nampaknya membuatkan saya teringin pulak nak makan nasi ayam petang ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sweetie, nasi ayam is 1 Malaysia food where everyone loves to eat it. Esok buat dan let me know how is it. Hahaha

      Padam
  8. Assalamualaikum.. kak azie dah sihat ke... kmal nak ambik resepi ni ye.. rajin2 ble buat untuk anak2.. tkasih siap ada step by step lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Amal. Masih ada lagi angin yang menyebabkan pening dan loya. Nnt cuba ya

      Padam
  9. kak azie try minum cuka kurma. bagus untuk buang angin dan penghadaman. huhu sy nak cuba nasi ayam resepi nie. . this weekend... pinjam resepi ya kak azie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, cuka kurma adalah yg terbaik

      Padam
  10. Kak azie, tq tok resepi ni, da cuba siang td, suami pun puji kak :) . - miza-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Glad to hear that. After this, can try nasi ayam Kak Laily. I love that too

      Padam
  11. InsyaAllah, will do kak, tq again -miza-

    BalasPadam
  12. dah cube tadi..memang sdp xterkate..mcm xpcye lak..hehe..hubby pn tambah nasi tadi..meksih puan azie sb share resepi dgn penuh ikhlas =)

    BalasPadam
  13. Assalammulaikum.
    Kak, nampak sedap. Saya nak tanya, serbuk ayam dengan minyak ayam tu ada jual kat kedai biasa ke? Er... baru nak belajar memasak. Hehehe. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serbuk yam ada dijual. Minyak tu buat jer sendiri dg cara panaskan lemak ayam hingga keluar minyak

      Padam
  14. wah...nmpk sedap sngt nasi ayam ni.....nak try buat la memandangkan ada tetamu datang ahad ni...btw ni first time masak nasi ayam sepanjang 19 tahun ni....hehe.....baru melangkah ke alam masakan demi masa depan...yeahhh!!!!

    BalasPadam
  15. Terima kasih untuk resepinya..skrg jugak nak pergi cs beli bahan..wish me luck :)

    BalasPadam
  16. kebetulan tengah mencari resepi nasi ayam sedap untuk berbuka puasa petangni. Harap-harap berjaya la saya mencubanya. TQ Azie

    BalasPadam
  17. Nampak cam best je resepi ni..gambar pun cantik plak tu..kalau nak mintak resepi yg detail sket boleh x?contohnya bawang bape biji dll..itupun kalau x keberatan la..hehe sy ni baru nak blaja masak..:)

    http://vitaminhalal.com

    BalasPadam
  18. Sedapnyerrrrr... tq coz kongsi resepi... mesti cuba ni...

    BalasPadam
  19. Sedapnye... nk try laa b4 puasa ni...tq sis kongsikan resepi ni...

    BalasPadam
  20. azie tak buat sos merah tu ye.....saya masih mencari resepi sos merah tu

    BalasPadam
  21. Saya dah pon mencuba dan hasil mmg sedap...tq sbb share resepi sesedap ni..

    BalasPadam
  22. Salam azie, tq sharing resepi. Sy mmg suka mkn tp nk masak xreti. Mencari resepi yg mudah dan simple. Nanti nk try masak la...

    BalasPadam
  23. Lapar ler pulak bulan posa ni tengok nasi ayam sedap neh.. kikikikiki

    BalasPadam
  24. Lapar ler pulak bulan posa ni tengok nasi ayam sedap neh.. kikikikiki

    BalasPadam
  25. nyum nyum, cantik hidangan tu. buat terasa nak makan nasi ayam... yummy... nasi ayam pun makanan kegemaran saya tapi mcm susah jk nak dapat yang sedap kat luar tu, mmg betul ayam kecik tapi mahal.

    rasa nak makan jek sekarang!!!

    www.mnmforlife.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Slm azie...blog yg wajib saya singgh utk cari resepi yg sdp2...ptg ni nak msk nasi aym la utk brbuka..tq azie..

      Padam
  26. lapar la pulak time pose nih...:3 hmm..

    BalasPadam
  27. AKAk sori TNye soalan BDoh. .jeruk Kubis turn McM ne? ??sy bru nak blajar.

    BalasPadam
  28. Menarik..boleh try ni..terima kasih utk resepi

    BalasPadam
  29. Asiahajat....yammiiii..nak try tuk bbuka ari ni

    BalasPadam
  30. Yummiii..nak try ari ni...juadah bbuka kegemaran ku

    BalasPadam
  31. Salam kak azie,tq 4 this resepi...mmg sdap..saya dh try buat utk berbuka...

    BalasPadam
  32. salam kak azie..tq 4 this resepi...sgt sedap...

    BalasPadam
  33. Oyeah.. Sgt sedap. Ptg ni nk cuba msak utk sajian berbuka

    BalasPadam
  34. Sy nk buat utk hari raya ni..

    BalasPadam
  35. Sangat sedap. Dah cuba tadi

    BalasPadam
  36. Salam.. Nk tnye.. Klu bhan untk aym 2.. Xnk gne halia.bwng putih n merah blh x.. Just ayam biasa n bhan perap shja

    BalasPadam
  37. salam...blh tk bg sukatan utk sos perap+nasi ayam..tqs

    BalasPadam
  38. as salam kak azie..saya dah try resepi ni semalam.memang mabeles!cuma nasi terlembik la plak tp still sedap berlemak..

    BalasPadam
  39. Salam..thankx kak sudi sharing2 resepi...sya dah try masak wekend baru nie,,kompom bes...

    BalasPadam
  40. Salam sis..saya suka semua resepi dalam blog ni..semua best..mohon copy resepi sis..thanx..klu rasa nk beli tudung blh singgah kat sini http://rififadida.blogspot.com/p/gallery-tudung.html

    BalasPadam
  41. Salam sis...saya dah pun mencuba resepi nasi ayam paling sedap ....memang betul2 sedap terima kasih azie kitchen. ..
    Eran senawang.

    BalasPadam
  42. Assalamualaikum Kak Zie, saya dah try dah resepi nasi ayam ni utk Hari Raya Haji ni. Syukur alhamdulillah mmg menjadi dan sedap sangat. Sesuai dgn namanya. Mmg saya dah promote resepi2 dalam blog akak ni kat kwn2 saya. Thanks a lot kak!! **Feeling excited

    BalasPadam
  43. Salam kak zie.... sy ambil resipi akak ni ye.. nk cuba style ns ayam akak... esok mak mertua nk dtg serbu rumah... biar lah special.. Harap2 menjadi lah ns ayam ni eheheh.... tq akak

    BalasPadam
  44. Salam,
    Saya sudah mencuba resipi iini..memang sedap..alhamdulillah suami dan anak mkn bertambah-tambah. Terima kasih

    BalasPadam
  45. Salam kak
    Sy tertarik dgn resepi nasi ayam akak..esk sy nak cube resepi ni..mudah mudahan ianye menjadi...firstime sy nk masak nsi ayam tok suami...hehe..papehal nt sy update kt akak yep..thank u :-)

    BalasPadam
  46. salam kak...

    tq sharing resipi best ni. tp nak tanya laa...biasa kalau sy goreng ayam yg dh perap dgn kicap nnti melekat kat kuali. akk ada tips tak utk tak bagi lekat??

    tq kak =)

    www.mummysayf.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam Fuzza,
      Biasanya pastikan minyak banyak dan betul betul panas.

      Padam
  47. Salam..maaf menyelit..kalau ada masa boleh lah singgah page saya..

    saya ada menerangkan produk shaklee..tq :-)

    http://pencariketenangandisana.blogspot.com/2013/11/set-kurus-shaklee-yang-meletop.html?m=1

    BalasPadam
  48. mmg first class resepi ni kak! qist

    BalasPadam
  49. Shely:
    Memang sedap gilers. Dah cuba......

    BalasPadam
  50. Salam,kak azie.resipi akak nmpk sedap n sgt mudah plak tu nak buat.nak try la arini.mntk izin ambik resipi akak ni ye.semoga sentiasa dikurniakan Allah swt kesihatan n ceria2 slalu

    BalasPadam
  51. Baru lepas masak resepi Kak Zie ni... memula nervous jugak nak balikkan ayam dalam kuali...ye la rasa mcm besar sangat ayam tu walau dah belah separuh :) apa apa pun, alhamdulillah menjadi! Tq Kak Zie..

    BalasPadam
  52. Assalam. Tumpang tanya jap Kak Azie.hehe.
    serbuk ayam yg aka guna kat atas rempah sup ke?
    atau pati ayam? kurang pasti.
    Dah beberapa kali sy rujuk resepi blog kak azie utk masak ni.alhamdulillah. most of them menjadi.
    Sy ni bukan pandai masak pn, tengok resepi je selalunya.

    BalasPadam
  53. Assalamualaikum...Wow! terima kasih share resepi. Anak-anak saya suka makan nasi ayam, tapi mommy nya tak pandai nak buat. Nanti saya nak cuba la....terima kasih sekali lagi

    BalasPadam
  54. saye pun nak try wat akak...dh klu bli mahal n ciput...buat sdiri lg kenyang...lelaki pun nak makan ape salah buat..kan... :D

    BalasPadam
  55. Wahhh... best nie, i will try it ! tq kongsikan resepi superb nie akak

    BalasPadam
  56. salam kak azie, tq share resepi... dah try dah..1st time masak nasi ayam ni.. family semua suka...

    BalasPadam
  57. Assalamualaikum .. Lama dah nak cuba masak sendiri sebab kat kedai macam sedap je.. Thanks yer.. Hehe..

    BalasPadam
  58. salam kak, sory ya tnye sy kurg faham la..bleh bgtahu scre dtail lg x?mf sy bru nk blja..

    atirah

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedapnya..mesti cuba ni..tq ya kak azie sudi kongsikn resepinya..

      Padam
  59. wowww.. resepi & gambar nampak cantik menarik tertarik....

    BalasPadam
  60. Hi Kak Azie .. susu full cream milk tu nak pakai brape byk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nisa,
      Tak kisahlah berapa banyak. Tujuan nya supaya ia menjadi lemak berkrim.

      Padam
    2. kalau pakai susu sejat boleh tak?

      Padam
  61. assalam, akak sy nk tnya..jeruk kubis tu ap ye? lbok msin ke? atau yang jual jruk dlm tong tu, yg ad jual kt kdai cina tu...?

    BalasPadam
  62. Saya cuba masak resepi ni hari ini.. Memang sedap.. Nasinya wangi dan lemak.. Ayam pun sedap..

    BalasPadam
  63. Nampak sangat menarik. Tapi kenapa x letak mentega ye ? ohh yee klu ada masa nanti jemput singgah blog saya ye http://www.mamafisya.com/

    BalasPadam
  64. Nasi ayam sememangnya warisan turun temurun x lapuk dek zaman. hihihi. oh ye nanti kalau ada masa jemput2 lah singgah blog saya plak http://www.mamafisya.com/

    BalasPadam
  65. Salam kak azie, terima kasih berkongsi resepi, saya da cube, mmg sedapp...terbaik :)

    BalasPadam
  66. Salam azie....tq 4the resepi. Sedap sangat....hari ni kali ke2 buat resepi azie ni...anak2 ckp" terbaik la mak"....hehee

    BalasPadam
  67. Nampak sedap,Tak sabar rasanya nak cuba resepi nie..
    Terima kasih berkongsi resepi..

    BalasPadam
  68. Mmg nampak menyelerakan resepi kak azie ni..sy nk cubalah.. Sblm ni sy msk biasa2 je, tumis bawang, halia dlm periuk nasi gak ..

    BalasPadam
  69. Salam kak azie! tq sangat, tadi baut utk makan tengahari husband sampai tambah 3 kali! Mmg sedap! Anak pun suka;)

    Jemput singgah.
    http://www.mummyhannah11.blogspot.com

    BalasPadam
  70. Salem akak!..sedappnya tgk nasik ayam ni...bias a potong kecik2 baru goreng..nak try cara akak pulak..izin share resepi ya :)

    http:/www.mommiesjourney.blogspot.com

    BalasPadam
  71. Salam..sedapnye....sangat menyelerakan..

    Jemput singgah blog saya ye, n tinggal jejak kat blog sy..thanks.. :-)

    http://ainieyibrahim.blogspot.com

    BalasPadam
  72. esok saya nk cube buat..... macam best jer.... ;)

    nyummy....

    BalasPadam
  73. sdpny terliur saya...nk buat la utk lunch kjp lg..tq ye=)

    BalasPadam
  74. Assalamualaikum k. Azie.. byknya resepi nasi ayam akak nie.. saya x tau mana yg paling best...? nak juga cuba masak utk hubby.. Antara nasi ayam istimewa dgn yg paling sedap nie.. mana yg sedap2 sgt?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua dua sedap. Buat satu dulu, lain kali buat yg lain pulak. Nasi Ayam Kak Laily pun sedap atau yang paling mudah, nasi ayam Cik Su

      Padam
  75. Yummy... tgh cari resipi nasi ayam... ni la resipi yang mmg lengkap dgn gambar dan cara.. Thx for sharing... nak try ni mlm for dinner. kalau free boleh jemput datang baca-baca di blog saya pula :) http://beautyhealthylifestyle.blogspot.com/
    Terima Kasih!

    BalasPadam
  76. Thanks a lot Kak Azie for sharing this marvellous recipe! I've tried several of your recipes and have never been dissapointed! May Allah bless you..

    BalasPadam
  77. saya dah cuba resepi ni, sedap sangat..suka2..
    resepi kak azie memang saya suka godek2 :-)

    BalasPadam
  78. sedappppppppppp!!husband ckp lain kali buat lg..😘😘

    BalasPadam
  79. Saya selalu mencuba resepi dari blog kak azie.hari ni saya dah pun cuba buat nasi ayam sedap..ya allah..memang sddap kak..menjilat jari..akak memang pandai masak..

    BalasPadam
  80. Thank u for d yummy resipi, kak.. mmg sedap... I dah try tadi.. ������

    BalasPadam
  81. Salam..saya cuba resepi ini...sedap sangat :)

    BalasPadam
  82. ha puan azie nama saya suzen saya nak tanya perap ayam tu sebelum di rebus atau selepas d rebus?

    BalasPadam
  83. sedapnya...ada masa boleh try masak...

    BalasPadam
  84. Terima kasih kak. Mmg sedap sgt.. penambat hati keluarga. Resipi yg lain pun sy dh cuba.. alhamdulillah x rugi.. thanks...

    BalasPadam
  85. Dah try td sis..mmg sedap...tenkiuu sis 💜💜💜

    BalasPadam
  86. sy suka tgk recipe kt blog akak.. nnt nk try.. tq for sharing

    BalasPadam
  87. tq for sharing..jemput datang blog sy yer..

    BalasPadam
  88. Assaalam kak...sedap lah nasi ayam ni..dh try..mmg mabeless..hihi tq 4 sharing ye...

    Jemput ke blog sha ea..

    BalasPadam
  89. assalakualaikum kak azie.. sya dah try buat. sedap sangat.. dah 4x buat hehe.. family ckp sedap. husband pun ckp sedap sgt. mekasih kak resepi. semiga murah rezeki akak sekeluarga

    BalasPadam
  90. Assalamualaikum...maaf azie, saya dh buat tnpa izin...
    Alhamdulillah, jd, suami dn anak2 sgt ska...

    BalasPadam
  91. Memang sedap dah try berapa kali...thank you for sharing. .yummy

    BalasPadam
  92. sedap. banyak kali dah buat nasi ayam tapi tak dapat lagi nak master. taip kali buat masih tengok resepi.nampak sangat tak pandai masak ni..huhu

    BalasPadam
  93. Salam kak.. susu full cream nk letak banyak mana ye? :)

    BalasPadam
  94. Assalamualaikum,

    Kak Azie,
    saye baru try buat hari ni. first time pulak tu.
    susu full cream xde. pakai susu tepung 2sudu (suka hati jek!!)
    Ayam tu mmmg osem!! sambal lada pulak yg kureng sikit.sbb xpedas. tau letak bnyk sikit cili padi. hahaha. kesimpulannye, saye baru lepas makan n saye puji masakan sendiri. mmg best (enter bakul carry sendiri).

    thanks ye kongsi resipi. boleyla org yg xpandai masak cm saye ni blajar.
    Ayam masak ungkep n ayam masak merah pon saye dah cube buat.mmg terbaik la!!

    BalasPadam
  95. Assalam..

    Arwah bapak memang selalu belikan nasi ayam kak laily utk saya masa kecik dulu.. Alfatihah utk arwah bapak & kak laily..

    BalasPadam
  96. kalau nk cari resepi, mesti yg msk blog kak azie... supreb sumenye...

    BalasPadam
  97. Salam kak azie, nk tnya jeruk kobis tu kt kedai biasa ada jual ke ? Ke bt sndri ?

    BalasPadam
  98. Kak azie... Nk tnya satu lg, bwg merah bwg putih, halia utk perap ayam 30 minit tu.. klau just tumbuk biasa smpai hancur xyh pkai blend xpe x ? Atau mmg kena kisar jgk ?

    BalasPadam
  99. Dah lama rupanye akak bg resepi ni dlm blog.. sy br nk tgk thn ni. Dah cuba dan best. Ank2 n suami suka nasi aym ni.tinggal lagi sambal cili buang biji.bdk takut pedas.mmg awesome. Tqvm kak azie

    BalasPadam
  100. Akk kalau x guna mentega serbuk ayam n sos tiram blh x? Kalau susu guna susu tepung bolh

    BalasPadam
  101. Salam Kak. Saya baru sahaja berkahwin dah skrg ni nak memikat hati pasangan hehe. Memang saya cari resipi semua dekat blog akak. Nasi ayam ni paling terbaik. Saya buat memang dia suka sangat-sangat. Sampai bertambah-tambah. Mmg terbaiklah kak. Harap akak dapat salurkan lagi idea idea resepi yang baru utk saya cuba lain kali. Terima kasih kak utk resepi ini.

    BalasPadam
  102. Salam...sye dah try resepi ni untuk berbuka semalam..Alhamdulillah menjadi dan suami puji..hehe..tq Kak Azie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Alhamdulillah. Happy for you, dear

      Padam
  103. saya nk try resepi kak azie ni ye.. thanks for sharing nasi ayam yg sedap...

    BalasPadam
  104. Salam kak azie..susu tu blh ganti susu cair x ? Selain santan?

    BalasPadam
  105. Resipi ni memang sedap. Anak2 suka... Lama dah tak buat nasi ayam. Bila terpandang resipi ni rasanya hujung minggu ni nak buatlah. Kak Azie halalkan ye semua resipi kak azie yang saya ambil. :)

    BalasPadam
  106. Kak azi. Minyak bijan kalau letk sesudu utk sekor aym cukup x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak dulu. Kalau tak cukup, tambahlah lagi

      Padam
  107. dah byk Kali Cuba..derhaka skit2 sbb xmkn bawangputih.. n xde mnyk bijan n kicap cair..then susu tukar susu cair.. tetap sedap..buat byk Kali dah.. bln 5 aritu buat ntuk mkn2 bday ank..ramai org puji.. I like..hehe.. terbaik Sgt..tq kak share resepi ni

    BalasPadam
  108. Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi. Sudah dua kali sy masak nasi ayam.

    BalasPadam
  109. Baca tengah malam ni buat perut menggelodak kelaparan..hahaha esok baru nak cuba resepi ni..nak hidang untuk tetamu..

    BalasPadam
  110. sdpnya kakk...klo bli myk bijan tu... kt kedai nk cri apa?mnyk bijan juga ke kak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cakap nak minyak bijan, nnt depa tunjukkan

      Padam
  111. Hari cuti baru dpt masak.. byk menu cuba cubaan Lynn amik dari blog akak. Semuanya menjadi.. thanks a lot lot..

    BalasPadam
  112. Nak cube Arini kak...terime kasih... Nyum nyum...

    BalasPadam
  113. Asslmkm kak azie... sy dh mencuba resepi nasi ayam ni.... mmg marvelous... thanks kak...

    BalasPadam
  114. Assalamualaikum kak. Online x? Hehe. Sy baru godek2 resepi nasi ayam. Byk jga bhn2 dri resepi ni ea. Sy xbrp fhm cara buat yg kak azie story ni. Hehe. Tapi bca smua komen, asa trtarik plak nak try. Hehe. Sukatan kira hentam saja la ni ye kak? Hehek.

    'Bru kawen'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Memasak masakan spt nasi ayam, tak perlu sukatan bahan yang tepat. Boleh lebih kurang jer.

      Padam
  115. Salam pn azie.. sblm buat, nak tanya.. serbuk ayam dari mana nak dpt?.. buat sendiri ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Serbuk pati ayam. Boleh beli Aji-shio pun ada

      Padam
  116. Terima kasih kerana berkongsi resepi ni Dan cara penyediaannya.saya ni xpandai masak n mesti kena ada resepi utk guide masak...ikut resepi puan selalu menjadi n kena dgn tekak..seronok saya jumpa blog ni n teruskn menulis ye..

    BalasPadam
  117. salam kak..sy suka resepi nasi ayam ni sebab kak tak guna kiub pati ayam..insyallah sy nak cuba buat hujung minggu ni..terima kasih kongsi resepi nasi ayam ni..

    BalasPadam
  118. Masak hari ni utk juadah berbuka. Terima kasih atas perkongsian resipi..banyak resepi2 lain dari blog kak azie saya dah cuba..memang sedap dan panduan step by step sungguh mudah.terima kasihh

    BalasPadam
  119. Sedapnya.. Nk cuba utk buka puasa hati ni

    BalasPadam
  120. gambar yang menarik.. susunan isi yang dapat difahami.

    BalasPadam
  121. Assalamualaikum kak azie. sy suke cube resepi2 kak azie. sumenye menjadi n sedap. tp utk resepi nasi ayam paling sedap ni, boleh x kak azie letak sukatan setiap bahan die? sy x reti kalo nk main agak2. resepi nasi ayam kak azie yg lain sy dah try. nk try yg ni plak. thx kak azie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Memasak hanya perlu anggaran. Bukan spt kuih atau kek atau biskut yang perlu sukatan tepat. Insya Allah pasti jadi. Saya dah update berdasarkan agak agak sukatan

      Padam
  122. salam kak azie, saya silently follower setia akk since this year. ever since i tried one of ur recipes terus melekat and try lg. ur recipes are always on point. smlm dah try msk nasi ayam hainan, esok maybe try yg ni pulak. my family loved the hainan chicken rice btw. semua sedap. such a good write up and very simple. love ur blog! keep it up kak azie!

    BalasPadam
  123. satu lg, if saya nk panggang instead of goreng, method yg sebelum masih sama ka? kena sapu planta ir butter/oil x on the chicken before panggang?

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.