Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sedap Nyer Pancake Durian


Pancake Durian


Saya kali pertama makan kuih Pancake Durian ini selepas dibeli oleh seorang sahabat kami semasa kami sedang makan makan di Delicious, Mid Valley. Masa tu kami curi curi memakannya di dalam Delicious walaupun makanan luar tidak dibenarkan kerana tak sabar untuk menikmati kuih yang dikatakan sedap.  


Dari situ, saya mula membelinya samada di Mid Valley atau di The Curve setiap kali menjumpainya.  Tapi harga pancake ini agak mahal sikit, jadi tak boleh dibeli banyak banyak.  Bila terjumpa jer resepi di blog blog, saya terus menyalin resepi dan pagi ini saya mencuba nya sendiri selepas siap memasak mee goreng untuk sarapan.  

Jom layan resepinya ...



Pancake Durian

Pancake Durian 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Kulit: 
250 ml susu cair atau santan
100 g tepung gandum
1/4 st garam
3 biji telur
1 sb mentega cair (tak letak pun)
Sedikit pewarna kuning

Inti Krim durian: 
200ml Whipping Cream (whipped) + 10 ulas Isi Durian 

Cara cara:
Letakkan tepung , telur , susu segar atau santan , garam dan beberapa titis pewarna kuning ke dalam mesin pengadun. Adunkan sehingga sebati dan tapis adunan tersebut menggunakan penapis.


Panaskan kuali dan tuangkan satu senduk adunan tadi ke dalam kuali dan ratakannya menjadi bulatan. Masak adunan itu hanya dalam masa beberapa minit. Ulang proses hingga adunan habis.


Seterusnya, letakkan sesudu krim putar dan isi durian diatas adunan yang telah di masak itu tadi dan gulungkan ia sehingga kelihatan sepert bantal. 


Sedia untuk dihidangkan.  Boleh disejuk dingin dahulu.



Pancake Durian


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Sedap Nyer Pancake Durian"